28/04/2026
๐[PENCARIAN MAJLIS TERTINGGI & EKSEKUTIF PMFST SESI 2026/2027]๐
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Majlis Tertinggi dan Eksekutif Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) Sesi 2026/2027 kini telah dibuka. Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pelajar FST yang ingin memohon:
๐ Syarat Permohonan :
1. Terbuka kepada semua pelajar Tahun 1 - 2 Sesi 2025/2026 Prasiswazah Fakulti Sains dan Teknologi
2. Memperoleh PNGK 3.00 dan ke atas bagi Semester 1 Sesi 2025/2026
3. Berpengalaman dalam kerja berpasukan dan pengurusan organisasi dibawah anjuran FST/PMFST atau persatuan lain di UKM.
4. Tidak bercadang untuk memegang lebih daripada DUA (2) jawatan bagi sesi 2026/2027 di UKM (tidak termasuk jawatan di PMFST sekiranya berjaya dipilih).
5. Tidak menyertai atau bercadang untuk bertanding dalam mana-mana gerakan politik di UKM.
6. Seorang yang amanah, jujur dan komited dalam setiap tugasan dan organisasi
Tempoh Permohonan : 25 April 2026 - 5 Jun 2026
Tarikh Temuduga : 8 Jun 2026 - 12 Jun 2026
Permohonan boleh dilakukan melalui pautan di bawah :
๐ Pautan Pendaftaran :
https://forms.gle/sF4fHRakStFNJNnQ9
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan kepada :
๐ฑZulfiqar (Yang Di Pertua PMFST) : +60 11-27801067
๐ฑNic Lee (Naib Yang Di Pertua 1 PMFST) : +60 18-3284378
๐ง E-mel : [email protected]
Sekian, Terima kasih.
Leave No One Behind
FST Menyerlah
FST to the Fore
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (PMFST)
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA