11/10/2021
Diet rendah kalori sebenarnya termasuk dalam kategori diet yang cukup ketat, kerana anda perlu mengetahui seberapa banyak kalori harian yang anda perlukan dan seberapa banyak kalori yang masuk kedalam tubuh anda melalui makanan yang telah dimakan. Diet rendah kalori biasanya dilakukan dengan cara menurunkan berat badan yang dilakukan secara bertahap. Lama-kelamaan tubuh akan mulai membuat penyesuaian dalam proses metabolisme.
Diet rendah kalori memerlukan disiplin yang tinggi dan motivasi yang kuat. Setidaknya anda perlu mengurangkan kalori sebesar 250 hingga 500 kalori setiap harinya. Selain itu, anda juga perlu membuat penyesuaian terhadap menu makanan harian – terutama karbohidrat. Gantilah makanan anda dengan syarat berikut; berserat tinggi dan rendah kalori. Makanan berserat bererti makanan yang memerlukann waktu lama untuk diserap tubuh, sehingga keperluan kalori dapat diminimakan. Juga, rendah kalori guna memaksimakan metabolisme tubuh.
Kadar Kalori Yang Sepatutnya
Secara puratanya, golongan wanita memerlukan 2000 kalori sehari untuk kekalkan berat badan dan 1500 kalori untuk menurunkan satu paun setiap minggu. Manakala, golongan lelaki p**a secara puratanya memerlukan 2500 kalori untuk kekalkan berat badan dan 2000 kalori untuk mengurangkan sebanyak 1 paun setiap minggu.
Walau bagaimanapun, semua ini bergantung kepada beberapa faktor termasuklah usia, ketinggian, berat badan semasa, tahap aktiviti yang dilakukan, kesihatan metabolik dan sebagainya.
Pengira Kalori yang Terbaik Secara Atas Talian
Banyak laman web yang mana anda boleh memasukkan makanan yang anda makan untuk menyemak jumlah kalori yang anda ambil. Semuanya boleh didapati secara atas talian dan juga terdapat juga aplikasi untuk peranti iPhone/iPad dan Android.
Adalah disarankan untuk menggunakan kalkulator ini sekurang-kurangnya beberapa hari sekali untuk melihat berapa banyak kalori, karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral yang sebenarnya anda makan. Kebiasaannya apabila melihat bilangan-bilangan ini akan lebih membuka mata kita.
Tetapi perlu diingat pengiraan kalori akan menyebabkan anda stress kerana setiap kali nak makan anda kena timbang dengan tepat.
Bagaimana Cara untuk Mengurangkan Pengambilan Kalori Tanpa Membuatkan Anda Berasa Lapar?
Kalori merupakan satu bentuk ukuran tenaga. Ia diketahui menjadi sebab kepada pertambahan berat badan. Namun, sekiranya banyak kalori yang keluar daripada badan anda, maka anda akan berupaya untuk menurunkan berat badan anda.
Dikatakan bahawa hanya mengurangkan kalori tanpa mengetahui apa yang anda makan sebenarnya bukanlah cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Sungguhpun ia berkesan bagi sesetengah orang, namun kebanyakannya akan berakhir dengan rasa lapar dan akhirnya menghentikan diet mereka.
Disebabkan itulah adalah sangat disarankan untuk melakukan perubahan yang kekal bagi membantu anda mengekalkan pengurangan kalori anda untuk tempoh masa yang lebih panjang tanpa membuatkan anda rasa lapar.
Nak lebih mudah, ambil je Fyll Blanc setiap hari untuk gantikan permakanan anda yang lebih kalori tu. Nak tahu lebih lanjut? Klik je link whatsapp.