08/09/2026
Temui Kami di Festival Budaya Malaysia 2026
Balai Seni Negara membawakan kelainan sempena Festival Budaya Malaysia 2026 iaitu program “Dua Layar - Selebriti ke Kanvas”
Program ini merupakan gabungan antara seni visual dan seni persembahan dan bakal memberi pengalaman yang kreatif, santai dan interaktif kepada pengunjung.
Anda berpeluang menemui selebriti tempatan yang mempunyai bakat dan pengalaman dalam bidang seni, antaranya Dato’ Imuda, Zul Handy Black, Joey Daud, Yaya Maembong dan Wan Raja.
Antara yang menarik adalah pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri proses penghasilan karya melalui segmen “Live Painting” demonstrasi seni dan lukisan potret.
Turut diadakan adalah pameran dan jualan karya seni, ArtBox Komuniti, Doodle Art, Cosplay Art, AI Photo Booth, Busking serta sesi interaksi “Meet And Greet” bersama selebriti jemputan.
11 - 16 September 2026
9:00 pagi - 12:00 malam
Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Ayuh raikan program “Dua Layar - Selebriti ke Kanvas” yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara. Jumpa Anda disana!