26/07/2021
𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛.
Bahagianya seorang isteri bila suami menyatakan hasrat untuk membeli rumah & meletakkan sepenuhnya nama isteri di atas geran.
Suami rela hati untuk bayar tiap-tiap bulan. Dengan niat, dah siapkan tempat berteduh untuk Isteri & 2 orang anak perempuan. Suami meninggal senang hati.
Tanpa terfikir akhirnya Isteri meninggal dunia dulu ketika anak sulung berusia 12 tahun.
𝗣𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶:
RUMAH TU AKAN JADI MILIK SIAPA?
- Hakikat yang nama Isteri ada di atas geran rumah tidak boleh dinafikan. Walaupun Isteri tak keluarkan 1 sen pun untuk bayar rumah tu.
Tapi, apabila Isteri meninggal dunia, secara tak langsung Ibu & Ayah Isteri mempunyai bahagian dalam faraid Isteri.
Ada kemungkinan, keluarga Isteri langsung tak tahu yang Suami bayar rumah tu tiap-tiap bulan. Jadi, keluarga Isteri beranggapan rumah tu adalah hak sepenuhnya Isteri.
𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗿𝗮𝗶𝗱 𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂:
Tunai RM60,000. Suami berhak 3/15. Suami berhak RM12,000 daripada keseluruhan tunai.
Anak Perempuan masing2 berhak 4/15. Jumlah RM16,000 daripada keseluruhan tunai.
Ibu & Bapa masing2 berhak 2/15. Jumlah RM8,000 daripada keseluruhan tunai.
Okay selesai bab Tunai. 💰 ✅
Kita ke agihan faraid untuk rumah. Harga semasa rumah RM350,000.
Suami berhak RM70,000 daripada nilai semasa rumah.
Anak Perempuan masing2 berhak RM93,333.
Ibu & Ayah masing2 berhak RM46,666.
Okay selesai bab Rumah. 🏠 ✅
NANTI DULU 🤚🏻⛔️
Adakah faraid boleh selesai semudah ini?
𝗦𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿, 𝗜𝗡𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗝𝗔𝗗𝗜:
👉🏼 Anak Perempuan mempunyai bahagian tapi masih bawah umur & tak boleh tadbir sendiri.
👉🏼 Ibu Ayah mempunyai bahagian tapi tidak jelas tentang hak suami.
👉🏼 Suami mahu terus menetap di rumah tersebut bersama anak2 tapi ada hak Ibu & Ayah di sana.
👉🏼 Proses agihan faraid berlanjutan kerana kos pengurusan harta.
👉🏼 Ayah atau Ibu kepada Isteri meninggal dunia, waris faraid bertambah cabang.
👉🏼 Keluarga menafikan hak sepencarian suami.
👉🏼 Rumah di bawah terma MRTA, suami masih perlu meneruskan bayaran bulanan.
Banyak lagi risiko-risiko & kemungkinan yang akan terjadi.
𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗦𝘂𝗮𝗺𝗶 + 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 & 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞𝗛𝗔𝗥𝗠𝗢𝗡𝗜𝗔𝗡.
Ambil hibah takaful segera. Ambil hibah takaful yang sesuai dengan nilai aset anda. Ajak pasangan duduk & fahamkan 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗔𝗦𝗘𝗧 seperti rumah. 𝗖𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗥𝗜 dengan tujual asal.
Contoh beli rumah untuk memudahkan pasangan.
Sediakan Hibah Takaful kepada pasangan untuk tadbir rumah tersebut seperti caj admin, caj guaman & tabung hak waris bagi memudahkan pasangan memiliki sepenuh hak ke atas rumah tersebut.
Barulah betul nak mudahkan pasangan. ☺️
Daddy Shahris / Mummy Diyana - Islamic Takaful Wealth Planner AMC