21/03/2021
Bila join Aducktive?
Oktober 2020. Saya nak belajar berniaga. Sebelum ni ada jugak berniaga kecil-kecilan dengan menjual dadih homemade. Tetapi disebabkan kekangan masa, saya decide yang menjual produk orang lebih sesuai dengan keadaan saya waktu tu.
Jadi saya contact Aducktive Salted Egg HQ untuk bertanya bagaimana nak buat dropship. Daripada situ, saya diketemukan dengan Puan Ila Zahila.
Maka bemulalah episode Aducktive seorang Fauzi.
Kenapa Aducktive?
Sebab ni adalah salah satu snek yang sangat-sangat sedap bagi saya. First time saya makan waktu tu dalam tahun 2019 mungkin. Makan dekat rumah anak saudara di KL. Masuk-masuk mulut tu fuih… macam tak boleh nak berhenti. Dah la orang punya. Rasa segan nak makan banyak-banyak tapi termakan jugak.
Balik Kedah terus cari kat mana boleh beli.
Of course kenapa nak jual snek ni adalah kerana nak cari pendapatan sampingan, disamping nak belajar selok belok perniagaan. Dan disebabkan saya memang s**a dengan gaya iklan Aducktive yang sangat santai dan punny, kualiti dan rasanya p**a yang rare, saya rasa selesa untuk menjadi agent Aducktive.
Susah tak nak berniaga Aducktive?
Saya percaya yang apabila kita betul-betul yakin dengan sesuatu produk atau servis, tak akan jadi masalah untuk kita menjualnya.
Sebab sebelum ni saya pernah cuba untuk berniaga sesuatu produk yang hakikatnya saya sendiri tak berapa minat dengan produk tersebut. Hanya disebabkan margin keuntungan yang tinggi dan ‘pasif income’ yang dijanjikan. Jadi, macam mana nak yakinkan orang untuk beli benda yang kita sendiri pun tak yakin?
Tapi Aducktive ni lain, saya betul-betul s**a. Sebab seriously sedap. Hampa tak mau beli, ikut s**a hampa. Aku makan semua. Ini serius.
Antara isu awal yang saya hadapi adalah malu nak menjual. Biasa la, bila tak ada ilmu, kita rasa segan, malu, takut dengan rejection, tak ada idea macam mana nak iklan, tak tahu macam mana nak tingkatkan sales.
Semua tu saya cuba tackle dengan menimba ilmu.
Sebab orang kata knowledge is power.
Oops, tak berapa tepat.
APPLIED knowledge is power.
Sebab ada ilmu saja tapi kalau tak manfaatkan, tak guna jugak kan?
Pencapaian dengan Aducktive?
Banyak saya belajar tentang bisnes dan cara menambahbaik diri sendiri, bermula dengan menukar mindset. Persepsi terhadap berniaga sangatlah berbeza sebelum dan selepas kita mula berniaga. Sebab selalunya sebelum kita nak buat sesuatu, kita akan dengar banyak ‘nasihat’ daripada orang lain. Betul?
Jadi, nak tahu betul tak betul, kena lah cuba sendiri. Lalui sendiri proses tu. Berbekalkan ilmu. Follow somebody who has done it.
Daripada segi self improvement, saya dapat merasakan fikiran lebih fokus kepada benda positif, sebab kita adalah content yang kita consume. Berniaga ni banyak memerlukan kesabaran, dan cara penyampaian mesej yang jelas kepada prospek atau customer.
Nak menjual, kenalah konsisten iklan. Tapi nak iklan pun ada seninya. Tak boleh jual sepanjang masa. Nanti orang boring. Asyik-asyik muka ni, produk ni. Jadi nak buat macam mana? Kenalah bagi value kepada orang.
Dan point yang paling penting, saya mula mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Sungguh, sapa yang kenal saya sebelum ni, solat tu selalu hujung waktu, sedekah hari Jumaat saja dekat masjid, quran baca bila kena paksa pi surau. Tu pun Yasin, malam Jumaat.
Betul apa orang cakap. Nak ubah hidup, kena la mula ubah dengan diri sendiri.
Melalui berniaga ni, saya mula ubah untuk jaga solat, banyakkan amalan sedekah, banyakkan baca Quran, dan menjaga hubungan dengan Allah serta makhlukNya. Alhamdulillah, daripada situ dapat saya rasakan perbezaan. Rezeki melimpah-limpah dan datang dalam pelbagai bentuk. Syukur.
Apa-apa pun, last sekali kita akan kembali ke Allah. Sebab ultimately, kita nak cari keredhaanNya sebenarnya.
Kredit : Fauzi Darus (Fb)