AFN Motorworks

AFN Motorworks Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AFN Motorworks, PT 8050, KEDAI Jalan BBN 5/3B TAMAN DESA JASMIN, Nilai.

Kredit - Artikel Blog PanduLajuBilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?"SAYA ada selongkar beberapa blog, ada ...
24/07/2019

Kredit - Artikel Blog PanduLaju

Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

"SAYA ada selongkar beberapa blog, ada yang beritahu minyak semi-synthetic sebenarnya sampai 10,000km dan fully-synthetic sampai 25,000km. Ada kata semi-synthetic 5,000km dan fully-synthetic 10,000km (pendapat yang selalu dengarlah). Saya pun jadi confuse mana satu yang betul tepat?

Saya ada persoalan, juga pendapat sebenarnya. Kalau diikutkan kadar perbatuan, dah tak berapa nak logik digunakan sebab sebagai contoh, kereta di KL kebanyakannya sangkut dalam jammed. Jumlah masa kerja enjin bertambah, tapi kadar mileage tak berubah. Lain yang berada di kampung atau kawasan tidak jammed, kadar mileage dengan kadar masa kerja enjin boleh dikatakan seimbang. Pendapat abang?

Mungkin abg boleh bangkitkan isu jumlah sebenar kadar perbatuan minyak semi-synthetic dan fully-synthetic yang lebih tepat dan nisbah masa gerak kerja enjin dengan kadar perbatuan yang mungkin ramai tak sedar, terutama kawasan bandar".

- Apittt

SEBENARNYA debat mengenai bilakah tempoh masa tepat untuk menukar minyak enjin (tidak kira jenis mineral atau sintetik) sangat sofistikated dan panjang. Anda akan menemui tiga pihak, iaitu pengeluar kereta, pembuat bendalir dan mekanik yang masing-masing mengeluarkan fakta masa servis yang kadangkala mengelirukan.

Kita akan ulaskan satu persatu.

KENAPA TEMPOH TUKAR MINYAK ENJIN BERBEZA?
minyak-enjin
i. SARANAN PENGELUAR KERETA
Setiap pengeluar kereta mempunyai jenama minyak enjin tertentu yang disaran digunakan setiap kali servis. Asasnya, kebanyakan pengeluar kereta moden hari ini menetapkan tempoh servis setiap 10,000km atau enam bulan sekali. Semestinya saranan itu adalah terbaik untuk diikuti kerana jenis dan gred minyak tersebut sememangnya digunakan pengeluar kereta anda dalam fasa pembangunan dan ujian.

Disebabkan itulah anda diwajibkan mematuhi tempoh servis ditetapkan pengeluar jika tidak mahu segala terma dan syarat waranti terbatal. Ini kerana setiap ujian reliabiliti kereta anda dibuat mengikut had masa selamat dengan menggunakan minyak hitam disarankan, walaupun faktanya bendalir digunakan mampu bertahan lebih lama.

Kenapa buat begitu? Sudah tentu untuk melindungi industri kereta itu sendiri. Bayangkan servis diwajibkan setiap 25,000km mengikut standard pembuat bendalir, bukankah ia akan menjejaskan kitaran pendapatan pengeluar kereta?

BACA >>> 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

ii. SARANAN PEMBUAT BENDALIR
Ingat, pembuat bendalir tidak semestinya menghasilkan minyak mereka untuk jenama kereta tertentu sahaja. Malah, penyelidikan bendalir dalam automotif membabitkan pelbagai jenis enjin. Memang ada minyak enjin sintetik yang mampu bertahan hingga 25,000km perbatuan. Setakat ini, cuma Jaguar saja mensyaratkan pemiliknya menukar minyak enjin atau servis setiap 25,000km.

Jadi, jangan terkejut jika anda dapati tempoh masa menukar minyak enjin yang disarankan pembuat bendalir lebih lama berbanding apa yang diwajibkan pengeluar kereta.

iii. SARANAN MEKANIK
Jika berjumpa mekanik di pusat servis pengeluar, semestinya mereka mengesyorkan anda menukar minyak enjin seperti disarankan pengeluar. Sebaliknya jika anda bertanya mekanik luar (yang jujur) atau pakar bendalir automotif, mereka pasti menasihatkan anda supaya menukar mengikut saranan pembuat bendalir.

JADI SIAPA BETUL? MAHU IKUT SIAPA?
betul-dan-salah
Sebenarnya, tiada siapa betul dan tiada siapa salah. Sudah tentu kami menyarankan anda menggunakan minyak enjin seperti disarankan pengeluar kereta, termasuk mematuhi tempoh servis ditetapkan.

KENAPA? BUKANKAH ITU SEPERTI SATU PENIPUAN?

Ingat, minyak hitam anda mungkin dapat bertahan lama, tetapi tidak bagi komponen lain yang mungkin tidak dapat bertahan selama itu. Justeru tetapan masa diberikan pengeluar ialah tempoh paling munasabah yang bukan sekadar menukar minyak enjin saja seperti yang anda selalu bayangkan. Tetapi ia sebenarnya turut membabitkan pemeriksaan dan penukaran komponen serta alat ganti lain juga. Bayangkan kondisi kereta anda tanpa diperiksa selama lebih setahun semata-mata menunggu tempoh menukar minyak enjin yang belum sampai.

Jadi, ikut saja saranan pengeluar kereta. Namun, bagi anda yang mengambil kira setiap nilai wang yang perlu dibelanjakan, anda boleh beralih kepada saranan pembuat bendalir atau mekanik yang dipercayai sebaik saja tempoh waranti kereta tamat. Tiada apa yang perlu anda takutkan.

BACA >>> Minyak Enjin Petronas Syntium SE Dirumus Khas Untuk Kenderaan Proton

BETULKAH KERAP MENUKAR MINYAK ENJIN LEBIH BAGUS
tukar-minyak-hitam
Disebabkan jarak masa menukar minyak enjin bagi kereta masa kini lebih lama berbanding kereta sedekad lalu, sesetengah kita mengalami perasaan risau tentang kondisi kereta mereka. Jika dulu servis setiap tiga bulan sekali, tetapi sekarang sudah enam atau lapan bulan sekali.

Sudahnya, anda ambil keputusan sendiri dengan menukar minyak enjin lebih awal berbanding masa ditetapkan. Ada yang menghantar servis 2,000 hingga 3,000km lebih awal berbanding perbatuan ditetapkan. Kononnya kereta jadi lebih terjaga dan selamat jika kerap ditukar minyak enjin.

Tahukah anda, komitmen pembuat bendalir juga sama seperti pengeluar kereta? Jika pengeluar kereta hari ini sedaya upaya cuba menghasilkan produk yang mesra alam, hal sama turut dilakukan pembuat bendalir. Antara tujuan utama pembuat bendalir menghasilkan minyak enjin yang mampu bertahan lebih lama adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ya, bukan sekadar tentang realibiliti mekanikal sahaja!

Jadi, kekerapan anda menukar minyak enjin bermakna anda bersubahat ke arah mencemarkan alam sekitar!

KALAU KERETA KURANG BERGERAK, TUKAR MINYAK IKUT KM ATAU BULAN?
kereta-dalam-garaj
Maksudnya begini, tempoh servis kereta anda ialah 10,000km atau enam bulan, tetapi kereta anda kurang berjalan jauh. Mungkin selepas enam bulan, perbatuan kereta anda baru saja 5,000km. Hati anda terdetik; "Sepatutnya 10,000km, rugilah minyak hitam aku kalau servis sekarang."

Jawapannya, anda perlu servis sekarang. Ini kerana minyak enjin yang sudah dituang ke dalam enjin sudah bercampur dengan pelbagai bendasing yang berpotensi melemahkan kelikatan dan ikatan kimia bendalir, sekali gus mengurangkan tahap optimum perlindungan enjin.

Proses degradasi atau nyahgred bukan saja berlaku apabila enjin kerap bekerja, tetapi juga apabila disimpan melebihi had masa tertentu. Ia bukan saja tentang bendalir seperti minyak enjin, tetapi juga terpakai kepada mana-mana cecair pun.

Anda boleh cuba ujikaji ini, simpan air kosong dalam satu bekas. Selepas enam bulan, cuba perhatikan apakah kondisi air kosong yang disimpan itu adalah sama bersih pada mata kasar seperti pertama kali diisi dahulu. Apakah ada keladak di dalamnya? Itulah yang dinamakan proses degradasi walaupun anda tidak pernah mencampurkan air kosong itu dengan apa-apa sebatian asing.

Kesimp**annya, ikut tempoh mana satu sampai dahulu. Mudah bukan? 🙂

Kredit.. Artikel Az Auto GarageLikes&Share - Perkongsian Maklumat sahaja maklumat tambahan rujuk kepada mereka yang paka...
24/07/2019

Kredit.. Artikel Az Auto Garage
Likes&Share - Perkongsian Maklumat sahaja maklumat tambahan rujuk kepada mereka yang pakar

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi sikit tips untuk beli kereta terpakai..

Kalau baru tu takyah cakaplah just cari yang ikut kemampuan, rasa berkenan tak perlu test pun tak pe then ambil je.. Kita tak bimbang sebab waranti ada..

Tapi bagi kereta terpakai ni.. Haaa.. Kereta terpakai ni almaklum faham2 sajalah.. kalau yang tahun keluar tak sampai 5 tahun tu kira okay lagi.. Tapi masuk dah 10 tahun umur kereta.. Masih releven ke untuk dipakai harian?

Jom ana kongsi sikit.. Kot rasa malas baca tengok gambar korang takkan faham.. nak tak nak baca laa.. Kalau rasa malas abaikan je. tak ada masalah bagi ana..

Macam mana kita nak tahu kereta ni okay.. kondisi tip top seperti yang digembar-gemburkan oleh yang punya iklan.. Tuan Iklan bukan tahu pape pun.. kondisi semua tip top.. tayar botak pun dikata tip top..

Mula2 tips nak beli kereta...

1. Tengok luaran dulu.. Kereta ni dia servis ke tidak.. Servis dari segi basuh laa.. Cat kereta ni lusuh ke tidak..

2. Tengok dokumen kereta dulu.. Antum test sana kemari kalau kereta tak lulus syarat tak guna jugak beli.. Dan ni point yang besar dalam bab jual beli kereta..

a) Dokumen mesti lengkap.. pastikan kereta ni boleh ditukar hakmilik.. Sekurang2nya ada surat B5 dari puspakom LULUS untuk tukar hakmilik.

b)Dan pastikan kereta ni tiada tuntutan dari mana2 bank..

c)Seterusnya tengok berapa kali dah tukar hak milik.. kalau dah banyak tukar hak milik lebih dari 3 4 orang baik tak payah ambil la. Sebab lain orang, lain cara bawa, lain cara servis.

d) Kalau boleh ambik kereta yang dipasang dimalaysia (CKD).. Elakkan ambil yang CBU.. Hatta Mercedes-Benz ke BMW ke dinasihatkan ambil yang pasangan tempatan.. Pasangan tempatan ni dia ambil 5-10% perkakas yang di buat made from Malaysia. yang lain semua made from wherever comes kereta tulah. Kalau Mercedes off Course la dari Germany.. Mengapa saya nasihatkan agar ambil kerea CKD? Kerana kereta CBU terutama yang baru dibawa masuk dari luar negara biasanya mengalami masalah karat pada komponen bawah terutama sekali seperti lantai, bahagian suspensi dan lain2 lagi.. Biasa laa negara Mat Salleh kan ada salji.. Jangan ingat salji syok boleh main perang salji saja. Dengan Salji ni boleh menjahannamkan komponen besi.. Sebab tu Kereta Eropah anti-rust dia sangat tebal berbanding kereta Jepun. Sebab Salji punya hal la..

3. Buat kaji selidik pasal kereta yang nak dibeli.. Model apa nama.. contohnya S400L ke.. Tengok spesifikasi injin macam mana

a) Buat kaji selidik melalui internet berkenaan kereta yang kita nak beli.. Cari dulu kelemahan dan kelebihan dia.. Jimat minyak ke? Servis okay ke tidak. Sensitif sangat ke? Model ni banyak permintaan ke? Banyak lagi laa kena ambil tahu.. Korang kena tahu ni sebab nanti dah beli tiba2 servis barang tukar susah dapat, sudah tentu kos servis jadi tinggi..

b) Jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang arif pasal kereta nak dibeli.. Tanya mekanik yang biasa baiki kereta model yang kita cari.. Lebih disarankan untuk pergi tengok kereta bersama mekanik terus.

4. Setelah kita dah buat kaji selidik pasal kereta nak dibeli, baru kita masuk pada topik test drive... Topik Test drive ni meluas.. Jadi kita singkatkan sikitlah, Korang penat baca, ana lagi penat menaip.. Dalam bab test drive ni kita bincangkan sekali pasal kondisi kereta yang nak dibeli..

a) biasalah adat nak beli kereta kan.. buka bonet.. buka pintu semua.. Tengok keadaan injin.. kalau injin berhabuk dan kotor biasanya kereta tu kurang dijaga oleh pemilik.. Kalau keadaan injin bersih berkilat tak ada kotoran degil, boleh jadi tuan kereta tu baru pergi basuh injin.. jangan percaya sangat.. Kadang banyak auta dari fakta.. Bab injin ni boleh tengok luaran sajalah.. Dalaman kita mana tahu.. Nak tahu keadaan dalaman injin OK ke KO korang kena test drive laa..

b) Test drive ni seboleh2nya minta nego dengan tuan kereta nak test sejauh lebih dari 100km jarak.. Masuk bandar dan Highway.. Kalau tuan kereta tu Jenis tak boleh nak pertimbangkan rundingan ni elok cari kereta lain la.. berlambak lagi kereta untuk dijual di luar sana. Biasanya bagitahu tuan kereta yang kos minyak kita yang tanggung.. Ala 100km kalau naik Mercedes paling tidak baru rm20.. Mana nak rugi rm20 masa test atau rugi 12k masa baiki akan datang??

I) Sebelum bawa kereta tu dengar dulu bunyi injin senyap ke bising.. tengok ekzos keluar asap kepul putih atau hitam.. Biasanya kalau bising ni ada part bahagian bearing pulley atau tensioner yang perlu ditukar.. Kalau ada asap putih yang keluar kemungkinan komponen dalaman injin ada yang perlu di baiki.. Kereta yang baik injin senyap.. tak gegar.. asap putih tak keluar.. Syahdu je bunyi... Kalau ada bunyi kasar sikit berkemungkinan ekzos ada bocor. Kalau bocor minyak hitam sikit2 kat luar tu biasanya tak banyak pun baiki.. Biasalah barang lama...

II) Check kondisi air tu kering ke penuh.. Memanglah penuh.. tapi tengok air tu karat or dia letak coolant.. Kalau letak coolant tu petanda tuan kereta ni agak cermat pakai kereta.

III) Check minyak hitam, minyak gear, minyak power stereng, minyak brek ni ni okay ke tidak.. kalau kotor biasanya kereta ni jarang diservis dengan baik.. Minyak brek yang patutnya Jernih macam air mineral tiba2 jadi hijau macam minyak Wal-Afiat tu tanda kereta tu jarang diservis oleh pemilik..

IV) Check belting okay ke tidak.. Kalau timing belt ni susah sikit nak check kena anya tuan kereta.. Untung nasib baik tuan kereta tak tipu dan biasanya setiap kali tukar timing belt ni, mekanik akan letak stiker servis sebagai panduan.

V) Check tayar ada makan dalam atau luar. kalau tayar makan dalam kemungkinan bahagian alignment ada masalah..

VI) Check disc tengok berkarat ke tidak. kalau Berkarat boleh dikatakan kereta tu jarang jalan.. Biasanya kereta jarang jalan ni mileage rendah... Check Air cond.. try buka tengok aircond sejuk ke tidak..

VII) Check mileage kereta.. Saya meletakkan Check mileage ni list yang antara paling bawah kerana mileage ni ramai yang selalu tipu.. Tapi mileage kalau masuk diagnose komputer dia akan keluar mileage sebenar.. kalau mileage sama komputer dengan meter kereta maknanya kereta tu tak pernah adjust mileage atau tukar speedOmeter. Dalam bab Mileage ni. Yelah dalam meter tulis 30 ribu kilometer baru jalan sedangkan kereta dah umur 10 tahun.. Cara nak tahu Mileage tu tipu atau tidak, tanyalah tuan kereta pasal servis kereta.. Berapa kali dah tukar brek pad.. Berapa kali masuk alignment.. biasanya dah masuk 3 kali tukar brek pad sekurang2nya kereta tu mileage dekat 100 ribu kilometer. Jarang orang bakar duit servis pada hal yang tidak rosak.. banyak benar pitih! hahahaha Kalau timing belt lagi mudah.. tanya tuan kereta berapa kali dah tukar timing belt.. Kalau tuan kereta cakap 2 kali sedangkan mileage tak sampai 100 ribu kilometer, bermakna disitu ada pengubahan meter berlaku atau mungkin pernah tukar speedometer.

VIII) Yang lain2 tu mungkin semua dah faham kan.. check laa interior kusyen rabak ke tak.. bau hapak ke tidak.. Dan banyak lagi.. Dahlah kita singkatkan.. kalau ada tak faham PM saya balik. Saya akan terangkan balik.. Saya letih dah menaip ni.. hahahaha

c) Dalam masa test tu kalau highway lenjan laa sikit kalau berani bawa lebih pada 110km/h..

I) Kalau injin tak smooth ada gegar or berdengung mungkin kereta tu ada part seperti Mounting atau bearing nak kena tukar.

II) Kalau masa jalan dekat aircond sejuk, tiba2 bila jalan jauh sikit aircond kurang sejuk itu petanda kompartment aircond perlu diservis..

III) Kalau masa test tu rasa ada bunyi hentakan, kereta rasa terhuyun hayan.. cornering rasa membuang.. Tu kena check pada sistem suspensi dan powertrain..

IV) test semua komponen yang ada seperti aircond, radio, TV, cigar light, sidemirror, wiper, signal light, hazard test semua..

V) Untuk lebih baik, ambillah kereta yang original tiada diubahsuai mana2 komponen. Terutama sekali ekzos.. Ekzos ni sangat sensitif, kalau ubahsuai s**a hati boleh jadi kereta kurang power dan kuat makan minyak..

VI) engine dengan gear ni bila test jauh kita dapat tahu 70% keadaan dia masih okay atau tidak..

Saya buat kesimp**an terus yaa. sebenarnya banyak lagi.. Tapi saya penat menaip..

Kalau test kereta injin smooth, tayar cantik, roadtax hidup, boleh tukar nama, cat cantik.. disc tak karat.. kereta steady speed laju, air cond sejuk, sedap mata memandang dan cukup bajet kita maka ini lagi satu tips yang terakhir

5) Solat Istikarah dan tawakkal kepada Allah SWT.. Ingat solat istikarah ni untuk orang kahwin saja ke? Nak beli kereta pun boleh jgk buat solat sunat ni..

Tanya dalam diri.. elok ke aku ambik? mampu ke aku jaga dia? Takut aku sengsara belakang hari... Best ke kereta ni?? Syok ke kereta ni?? sesuai tak untuk keluarga aku??

Biasanya banyakkan berfikir memberikan banyak jalan dan ilham penyelesaian..

Disini saya sertakan gambar sikit sebanyak sebagai panduan.. Brek disc karat, komponen injin cantik... body cantik.. interior cantik..

22/07/2019

Pagi2 ni jom kita belajar sikit tentang cara nak kenal masalah yang berpunca daripada kereta. Banyak sebenarnya masalah kereta ni lagi2 kalau yang secondhand punya. Kalini, kita fokuskan kat masalah2 yang sering berlaku pada kereta2 terpakai ye.. kalau kereta2 baru selalunya jarang ada masalah macam ni.

1. BATERI CEPAT KONG
a) Bateri
Recheck balik dah berapa lama pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
Check air bateri, kadang2 air bateri dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
Tengok samada bateri tu, pertamanya sesuai tak dengan kereta. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi. Kedua, plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So tindakan yang patut buat ialah kena tukar lain kat kedai yang beli bateri tersebut.
Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta tak boleh nak cas.

b) Alternator
Kalau masalah alternator, sebaiknya tukar baru ataupun recond. Kalau cari kat kedai potong pon boleh. Ada pengalaman sorang ni, tukar batery baru sebab bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. So, hantar lah bengkel, suspek alternator dan suis lampu. Time guna kereta waktu siang, bateri ada cas.. tapi bila guna pada waktu malam dengan membuka lampu, bateri tak boleh nak cas. So pomen kete kata problem alternator dan suis lampu.

c) Suis

Ha ni simple dan ringkas. Pastikan setiap suis lampu kereta di padam. Kadang2 jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila xsedar suis lampu tak tutup, secara s**arelanya kereta akan makan bateri dengan cepat dan kong.

d) Aksesori

Penggunaan aksesori yang banyak seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel2, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri cepat haus. Disarankan supaya pakailah bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balance kan jumlah tenaga yang digunakan. Pergi je hantar kedai aksesori kereta, nanti tau la dorang nak buat macamana.

2. STEERING JADI BERAT
Ni tak lain tak bukan, kena check minyak steering kot2 dah kering. Bila minyak steering dah kering, steering akan jadi berat dan akan mengeluarkan bunyi bising pada enjin. So penyelesaiannya topup je minyak steering kat enjin tu.

3. EKZOS KELUAR ASAP PUTIH
Masalah ni disebabkan ada licking atau kebocoran pada enjin, disebabkan getah gasket yang sudah menipis dan minyak hitam masuk ke sistem palam pencucuh. Ni kena tukar getah gasket, minyak hitam dan palam pencucuh je 🙂
KERETA KEJAP HIDUP KEJAP MATI

a) Distributer

Check distributer kat enjin, kadang2 api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi motor dalam distributer tak dapat hasilkan elektrik ke palam pencucuh di dalam enjin. Kalau nak tukar, kena beli distributer sebijik dan bukan hanya beli motor sahaja. Boleh dapat di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.

b) Pam dalam tangki minyak

Disebabkan pam kemungkinan bocor, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta s**ar untuk dihidupkan
c) Suis Minyak

Suis minyak berada di bawah tempat pemanduan. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air. So boleh diganti dan kosnya pun tidak begitu mahal sekitar RM50-RM80 seunit
d) Wiring Alarm Kereta

Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta tersengguk2 di atas jalan dan mati. Ini kena bawak kereta ke bengkel, minta buang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik.

e) Computer Box

Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh nipis poket tau.. Mintak tolong pomen check sama ada komputer box masih berfungsi dengan baik atau tak sebab ada kes, komputer box masuk air, ada short circuit. So sama ada nak buat wiring balik atau tukar sebijik2. Disarankan untuk tukar sebijik2 lagi puas hati. Kalau nak anta repair pun, harga lebih kurang sama. Kita pun tak tau sebaik mana pomen betulkan kan ?.

f) Tuning Balik Enjin Kereta

Kalau kereta sekejap hidup, sekejap tak.. maybe kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la. Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.

4. AIRCOND TAK SEJUK
Kompressor dah rosak, ada licking dan perlu diganti. Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.
Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
Kapasitor pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti, kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
Cooling coil mengalami kebocoran
Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta.

KERETA CONTINENTAL HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA"   Kereta buatan Eropah terutamanya buatan Jerman tidaklah segah pada na...
22/07/2019

KERETA CONTINENTAL HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA"


Kereta buatan Eropah terutamanya buatan Jerman tidaklah segah pada namanya dedah Warranty Direct. Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat Warranty Direct berkenaan isu reliability enjin, terdapat sekurang-kurangnya 4 pengeluar kereta buatan Jerman berada di carta Top 10 jenama kenderaan yang bermasalah.

Warranty Direct yang merupakan sebuah syarikat pengendali warranti kenderaan ini mempunyai sebanyak 50,000 buah kenderaan yang didaftarkan dengan mereka di seluruh Eropah mendedahkan jenama seperti Audi, BMW dan Volkswagen mempunyai banyak keluaran yang mempunyai masalah enjin. Jenama seperti Audi menduduki tempat teratas selepas jenama MG Rover dan diikuti dengan jenama Mini.

Menurut Duncan McClure Fisher, pengarah urusan Warranty Direct, masalah enjin merupakan masalah yang paling ditakuti oleh mana-mana pemilik kenderaan kerana ianya akan memerlukan masa dan wang yang banyak untuk membaikpulih sesuatu enjin yang rosak.

Namun, bukan semua kereta keluaran Jerman mempunyai masalah yang serupa. Jenama automobil seperti Mercedes Benz mempunyai rekod yang baik dari segi masalah enjin dan ini meletakkan jenama ini pada tangga ketiga selepas jenama Honda dan Toyota.



Menurut Warranty Direct, jenama Honda mempunyai kadar kegagalan paling rendah iaitu 1 dari 344, diikuti dengan jenama Toyota; 1 dari 171 dan Mercedes Benz; 1 dari 119.

Berikut adalah carta yang dikeluarkan oleh Warranty Direct:

Top 10 Best,

1. Honda (failure rate: 1 in 344)

2. Toyota (failure rate: 1 in 171)

3. Mercedes-Benz (failure rate: 1 in 119)

4. Volvo (failure rate: 1 in 111)

5. Jaguar (failure rate: 1 in 103)

6. Lexus (failure rate: 1 in 101)

7. Fiat (failure rate: 1 in 85)

8. Ford (failure rate: 1 in 80)

9. Nissan (failure rate: 1 in 76)

10. Land Rover (failure rate: 1 in 72)

Top 10 Worst,

1. MG Rover (failure rate: 1 in 13)

2. Audi (failure rate: 1 in 27)

3. Mini (failure rate: 1 in 40)

4. Saab (failure rate: 1 in 40)

5. Vauxhall (failure rate: 1 in 41)

6. Peugeot (failure rate: 1 in 44)

7. BMW (failure rate: 1 in 45)

8. Renault (failure rate: 1 in 46)

9. Volkswagen (failure rate: 1 in 52)

10. Mitsubishi (failure rate: 1 in 59)

P/s: Nasib baik Proton dgn Perodua tak termasuk dalam list study...

Sumber: FB Zainul Azraai

 &Share PUSAT Services AFN Motorworks Nilai👌Specialist on Continental CarsApakah punca kereta tak boleh start?1. Bateri ...
22/07/2019

&Share PUSAT Services AFN Motorworks Nilai
👌Specialist on Continental Cars

Apakah punca kereta tak boleh start?
1. Bateri Kereta Kong /Lemah
Punca utama kenapa enjin kereta kita tak boleh hidup sebab bateri kong atau lemah. Jadi, bila enjin kereta anda tidak hidup disebabkan bateri kong kerana ia tidak dapat mengecas serta membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk hidupkan enjin.

Ada juga kemungkinan yang alternator anda bermasalah kerana sudah tidak mampu mengecas semula bateri anda ketika kereta sedang bergerak. Pastikan anda mendapat nasihat pakar untuk mengetahui punca sebenar. Bilakah kali terkahir anda tukar bateri kereta anda?

Terdapat dua jenis bateri kereta, sel basah dan sel kering. Sel basah yang ada tempat isi air bateri pada bateri dan biasanya setiap 5,000 km servis tu periksa sekali air cukup atau tidak lagi-lagi kalau bateri dah 2-3 tahun ke atas haruslah kerap memeriksa air bateri. Manakala sel kering anda cuma perhatikan lampu amaran alert dengan tanda-tanda bateri nak kong.

Kereta era baru terdapat banyak peralatan elektronik didalam kereta seperti sensor, radio, screen lcd dan movie player maka tidak hairan bateri akan menunjukkan tanda bateri kong selepas 12 – 15 bulan penggunaan.

2. Gear LEVER pada ‘D’
Memang bunyi punca ni macam kelakar tapi memang ramai yang mengalami masalah kereta tak boleh start disebabkan Gear lever berada selain dari ‘P’. Please jangan gelabah dan tukar gear lever anda kepada ‘P’ dan semua akan kembali normal.

3. Starter Rosak
Fungsi starter adalah menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Starter yang rosak tidak akan mampu menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Sebab tu kereta tak boleh hidup. Antara tanda awal masalah ini ialah sewaktu anda nak crank kereta anda dia macam tiada bunyi. Waktu enjin tengah hidup dan kadang-kadang anda mungkin akan terdengar bunyi besi bergesel. Itu maknanya mungkin starter dah mula haus.

4. Spark Plug (Palam Pencucuh) Rosak
Petanda awal penyakit ini adalah anda akan rasa susah untuk start dan kereta anda akan semput atau time nak tekan minyak kereta macam semput-semput. Susah nak hidup lepas tu bunyi crank atau dah hidup semput-semput, tak pun lampu semua menyala cuma enjin tak hidup. Ini mungkin kerana palam pencucuh rosak jadi palam pencucuh ini dia lambat nak hasilkan percikan api. Kalau macam ni baik anda telefon mekanik untuk tukar spark plug baru. Biasanya kereta standard 4 silinder memang akan pakai 4 spark plug, so jangan buat2 terkejut. kang kena ketuk p**ak dengan pomen. Kalau anda bawak kereta Toyota Aplhard yang V6 memang kena pakai 6 spark plug.

5. Penapis Minyak Tersumbat
Pergerakan enjin memerlukan hasil pembakaran minyak dan udara, jika minyak tidak sampai ke dalam enjin maka mekanisma pergerakan enjin tidak akan berlaku dan ini menjadi salah satu punca kereta anda tidak boleh hidup. Anda perlu melakukan pemeriksaan penapis minyak sewantu anda membuat pemeriksaan berkala kereta anda.

sambungan artikelCARA MENGATASI MASALAH PRESTASI KENDERAAN ANDA12. KLAC PLATEBagi pengguna kereta transmisi manual, Anta...
22/07/2019

sambungan artikel
CARA MENGATASI MASALAH PRESTASI KENDERAAN ANDA

12. KLAC PLATE

Bagi pengguna kereta transmisi manual, Antara sebab lain selain di atas yang perlu juga diperiksa ialah Klac Plate. Mungkin Klac Plate anda sudah haus, habis permukaan, dan menjadi nipis. sekiranya klac anda haus,

sememangnya ia akan mendatangkan kesan pada prestasi kenderaan dan akan menjadi agak perlahan daripada yang biasa, seperti ketika kenderaan sedang mendaki, enjin anda akan bekerja lebih kuat daripada selalunya ataupun anda akan menghadapi kes**aran ketika mahu memotong kenderaan di hadapan.

13. MINYAK GEAR

Minyak Gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin. setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment... Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakan

14. VOLTAGE STABILIZER

Ada sesetengah orang memasang voltage stabilizer sebagai Penstabil Voltan untuk support elektrik pada alat elektronik kereta. Ini termasuklah kawalan minyak ialah injection dan computer box , dapat bekerja dengan baik tanpa beban elektrik yang berat supaya suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Sekali gus menstabilkan pick-up kereta

15. EKZOS KENDERAAN

Seluruh sistem haruslah diperiksa. Mungkin terdapat banyak sisa karbon extractor dan kemudian pasang tabung tengah. Bullet tengah kemudian di tukar kepada Muffler Straight Flow untuk menambah pick up dan prestasi kenderaan anda.

Ada juga antara sesetengah orang tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah kemudian tukar muffler straight flow.. biasa kedai ekzos kereta mengatakan performance lebih responsif dan lebih lancar.

16. SAIZ RODA / SPORT RIM

Saiz roda atau Sport Rim terlalu besar

Jika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up. Sebabnya tayar sudah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun bertambah, itu puncanya permulaan prestasi bagi kenderaan anda menurun dan kereta anda akan rasa berat ketika dipandu, seterusnya menambah beban pada enjin anda dan juga akan lebih kuat menggunakan petrol, kesan paling ketara adalah ketika melalui jalan mendaki atau pun menaiki jalan tinggi / berbukit

17. TEKANAN ANGIN TAYAR

Tekanan udara tayar yang rendah - juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga pajajaran kereta tidak betul.. Walaupun faktor ini tampak remeh, ini juga menyebabkan kita terasa kereta agak berat ketika memandu

18. OVERHAUL

Untuk kereta lemah dari segi prestasi (underpower) apabila usia kereta sudah masuk 7 tahun elok sahaja bagi dibuat overhaul. Simptom-simptom enjin yang memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada kebocoran gasket

Cara mengatasi masalah prestasi kenderaan andaCARA MENGATASI MASALAH PRESTASI PADA KENDERAAN ANDA.Jika anda mengalami pe...
22/07/2019

Cara mengatasi masalah prestasi kenderaan anda

CARA MENGATASI MASALAH PRESTASI PADA KENDERAAN ANDA.

Jika anda mengalami permasalahan prestasi kenderaan anda adalah berkemungkinan terjadi atas beberapa perkara dan faktor, untuk permasalahan yang agak umum seperti kereta kurang pick up terjadi kerana kemungkinan banyak puncanya, terutama bagi kenderaan yang telah lama digunakan dan telah berusia, selalunya anda perlu rujuk kenderaan anda pada mekanik berpengalaman untuk mengetahui apakah problem yang dihadapi oleh kenderaan anda. Sekiranya kenderaan anda terjadi masalah seperti kurang pick up yang memuaskan, kemungkinan ini adalah antara puncanya

1. MINYAK PETROL

Minyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin

Minyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin, Jadi ini bermaksud tidak semua kereta boleh menggunakan RON 95. Periksa di penutup minyak anda atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang anda boleh guna.. Cuba RON95 dan RON97 dan lihat mana yang sesuai dengan kereta

2. MINYAK ENJIN

Penukaran minyak hitam / enjin terlalu banyak, ataupun tidak sesuai ( terlampau pekat )

Berkemungkinan semasa anda membuat penukaran minyak hitam enjin kereta dengan terlalu banyak (bubuh banyak sampai lepas tahap maksima), atau minyak hitam enjin kereta kurang sesuai -terlampau pekat, dan akan menyebabkan kelikatan pada enjin anda dan seterusnya mengurangkan prestasi kenderaan. sekiranya masalah ini di hadapi pastikan anda memilih minyak enjin yang sesuai dengan kenderaan anda.

3.MINYAK RAWATAN ENJIN ( OIL TREATMENT )

Sekiranya boleh, masukkan sedikit minyak Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak enjin

Pernah tak anda semasa menukar minyak hitam anda membubuh sekali enjin bubuh Engine Oil Treatment? Sekiranya boleh, masukkan sedikit Engine Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak hitam.cukup hanya dengan setengah botol. tujuannya supaya boleh memberikan lebih perlindungan pada bahagian dalaman enjin dan selain itu juga dapat meringan dan melancarkan lagi pergerakan piston enjin turun naik dan dapat membuatkan kenderaan anda menjadi lebih lancar dan lebih pick up.

4. SPARK PLUG

Spark Plug sudah lama atau kemungkinan masalah pada suis plug

Cuba periksa spark plug jika sudah lama. Berkemungkinan juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisien dan prestasi enjin kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan spark kurang dan menyebabkan impak pada prestasi enjin kenderaan, seharusnya perlu di tukar Spark plug jika ianya lama tidak di tukar ganti dengan baru.

5. PENAPIS UDARA ( AIR FILTER )

Penapis udara yang kotor boleh menyebabkan perjalanan udara ke dalam enjin menjadi terhalang dan kurang banyak sehingga terjadi masalah seperti yang dinyatakan di atas. Banyak udara yang diperlukan oleh enjin untuk proses pembakaran dan sekiranya Penapis udara tidak di tukar, perjalanan udara yang masuk dalam enjin adalah kurang dan mengganggu proses pembakaran pada dalaman enjin anda, dan ini boleh juga mendatangkan impak pada prestasi kenderaan dan membuatkan masalah seperti kenderaan kurang pick up.

6. KARBURATOR

Bagi kereta yang guna karburator. seharusnya perlulah didalam satu tempoh yang agak lama untuk mencuci karburator kenderaan anda, kemungkinan ianya sudah terlalu tersumbat dan berkeladak kotor menyebabkan banyak enapan karbon... Karburator yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah bahagian yang bermasalah.

7. FUEL INJECTOR

Jika kereta anda menggunakan Fuel Injection .. mungkin juga injector tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin.. Jadi kenalah buat servis bersihkan injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner bagi memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna.

Seharusnya anda perlu membuat servis untuk membersihkan Injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner, ianya bagi membuang segala sisa karbon yang terdapat didalam karburator enjin kenderaan anda, Prestasi kenderaan akan meningkat sekiranya bahagian yang menghalang laluan oksigen dan minyak telah di singkirkan. Minyak yang di pam ke dalam enjin juga semakin bersih tanpa kotoran di dalam karburator.

8. SENSOR EFI

Sensor EFI yang kotor akan menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.

Sensor EFI kotor - selalunya hanya perlu di servis. sensor EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap dan mendatangkan kesan pada prestasi kenderaan.

9. PENAPIS MINYAK ( FUEL FILTER )

Fuel filter kereta tersumbat . Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol ( Filtering ).. jika sudah lama tidak di ganti mungkin juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen..Mungkin anda tidak pernah menukar baru fuel filter itu yang dah bertahun tahun.. di mana kedudukan fuel filter ni? Sesetengah kereta anda harus cari di bawah kereta dimana antara tangki minyak yang bersambung dengan paip petrol

10. MINYAK PEMBERSIH FUEL SYSTEM

Selain daripada membersihkan penapis minyak anda juga seharusnya pada 6 bulan sekali perlu membubuh Fuel system cleaner atau Injector cleaner di dalam tangki minyak petrol kereta anda. Isi minyak petrol penuh satu tangki kemudian bubuh p**a Fuel system cleaner .. 9

Ini bertujuan mencuci dan membersihkan kotoran dan keladak-keladak yang terkandung dalam fuel sistem kereta anda dari tangki minyak, piping, hose, masuk ke injector atau karburator sehinggalah ke ruang pembakaran.. Jika ada di lakukan pastinya akan membuatkan kesemua fuel sistem akan bersih dan memberikan prestasi kesan pickup kereta yang lebih baik dan lancar.

11. IGNITION TIMING

Membuat Ignition Timing dengan menggunakan lampu Strobe Light.

Ianya juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kenderaan anda, antaranya adalah Tuning kenderaan anda sudah tidak optimum dan lari, Mungkin juga bacaan pada RPM adalah rendah dan juga tidak stabil, oleh itu enjin kenderaan harus di Tuning sedikit supaya prestasi kenderaan berada di dalam keadaan yang asal, Dalam proses membuat Ignition timing anda perlu menggunakan lampu Strobe ( Strobe Light )

Address

PT 8050, KEDAI Jalan BBN 5/3B TAMAN DESA JASMIN
Nilai
71800

Telephone

+60183136700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFN Motorworks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AFN Motorworks:

Share