Teater Juta-Juta

Teater Juta-Juta Teater Juta-Juta adalah sebuah karya dan arahan Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri. Teater ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kini dipentaskan di PUTRAJAYA!
10 hingga 13 November 2011
8.30 Malam

Harga tiket: RM20
Tempahan:
SMSkan ke 019 357 2093


Teater Juta-Juta adalah sebuah karya dan arahan Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri. Pertama kali dipentaskan pada 21-25 September 2011 di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada jam 8.30 malam. Teater ini bakal dilakonkan oleh tig

a orang penggiat teater muda iaitu Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin dan juga Anas Ridzuan. Teater ini akan dipentaskan sekali lagi atas sambutan hangat pada 10-13 November 2011 di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3,Putrajaya (berhadapan dengan Istana Kehakiman). Kali ini dianjurkan bersama MASK Team bersama Majlis Belia Putrajaya

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan menanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly. Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater. Paling terkini adalah teater KOTAK HITAM (sebuah monodrama) yang dipentaskan pada 8-11 Julai 2011 di Stor Teater DBP. Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Berani Mati (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi. Aloy Paradoks, merupakan penggiat teater aliran alternatif. Antara teater yang pernah beliau tulis dan arahkan seperti NAUTIKA, HEGEMONI dan MEROCOK-ROCOK. Antara lakonan teaternyan pula ialah ; TEATER JUTA-JUTA dan KOTAK HITAM arahan Fasyali Fazdly, ARMS AND THE MAN arahan Ahmad Yatim, THE BACCHAE arahan Shyrudin dan JALAN MATI arahan Rayza MukMin. Telah menulis buku BURGERMPAK, KAU dan novel Nurul Asyikin. Baru mengarah sebuah filem panjang indipenden KONTRADIKSI dan filem pendek dedikasi NAD ZAINAL. Kini memikul tugas sebagai penerbit merangkap editor di SeLUT Press. Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur. Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur. Anas Ridzuan adalah seorang pelajar dari Fakulti teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM dalam bidang teater. sebelum ini beliau banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan di dalam kampus. Beliau yakin kini adalah masa yang sesuai untuk beliau menembusi pasaran luar untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan pengarahan. Teater ini diterbitkan oleh MASK Team.

Address

Panggung Eksperimen Mawar Sari
Kuala Lumpur
PRESINT3

Opening Hours

Thursday 20:30 - 21:45
Friday 20:30 - 21:45
Saturday 20:30 - 21:45
Sunday 20:30 - 21:45

Telephone

0193572093

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teater Juta-Juta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category