14/04/2026
[ 🔥 HARI INI : KARVITER HARI KE - 11 🔥 ]
Tayangan hari ke-11 : Asrama-ra
Produksi: Lantera Production
Karya: Khairunazwan Rodzy
Pengarah: Izzah Zamri
Teater Asrama-ra bermula dengan suasana yang kelihatan tenang sekumpulan pelajar perempuan yang baru dilantik sebagai exco pengawas terpaksa bermalam di asrama selepas menghadiri kem kepimpinan. Di bawah pengawasan Cikgu Sabariah, mereka berkumpul di sebuah bilik, cuba mengisi malam dengan perbualan biasa. Namun, ketenangan itu hanyalah ilusi.
Sedikit demi sedikit, suasana bertukar dingin. Sindiran halus bertukar menjadi tuduhan terbuka. Nama Laili mula disebut dituduh sebagai penyebar rahsia yang merosakkan kepercayaan. Kata-kata menjadi semakin tajam, seolah-olah ada sesuatu yang lebih gelap sedang menunggu untuk terungkai.
Tiba-tiba, malam itu digoncang dengan jeritan Suhaila dan Nabela diserang histeria. Dalam keadaan panik dan kelam-kabut, beberapa pelajar membawa mereka keluar untuk mendapatkan bantuan, meninggalkan Laili sendirian dalam bilik yang kini terasa asing dan menyesakkan. Saat itulah, Cikgu Adam muncul… dan sebuah rahsia terlarang terbongkar.
Apabila pelajar lain kembali, mereka menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat. Kejutan bertukar menjadi kemarahan. Cemburu, dendam, dan kebencian yang lama terpendam meletus tanpa kawalan.
Bilik asrama itu bertukar menjadi medan konflik yang semakin ganas. Jeritan, tangisan, dan tuduhan bersatu dalam kekacauan yang membawa kepada tragedi berdarah yang tidak dapat dielakkan.
Namun, saat segalanya seolah-olah berakhir…. mereka terjaga? Jadi siapakah penyimpan Rahsia Agung yang sebenar?
Jumpa anda di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya sebentar sahaja lagi!