Layan Movie

Layan Movie Cerita pasal filem yang aku s**a tengok dan mungkin korang juga s**a

The White Tiger merupakan sebuah filem  tahun 2021 yang ditulis dan diarahkan oleh Ramin Bahrani . Filem ini dibintangi ...
23/12/2024

The White Tiger merupakan sebuah filem tahun 2021 yang ditulis dan diarahkan oleh Ramin Bahrani . Filem ini dibintangi oleh Adarsh Gourav, Priyanka Chopra Jonas, dan Rajkummar Rao .

Filem ini Adaptasi daripada novel Aravind Adiga pada tahun 2008 dengan nama yang sama, berkisarkan tentang Balram, seorang lelaki muda yang berasal dari perkampungan India yang miskin dan menggunakan kepintaran dan kelicikannya untuk melarikan diri daripada kemiskinan.

Adiga menerbitkan bukunya dan memutuskan untuk menyesuaikannya menjadi sebuah filem pada akhir 2010, tetapi filem itu tidak dibuat selama beberapa tahun. pengarah terkenal,Bahrani dipilih untuk menerajui adaptasi, dan tidak sabar-sabar untuk berbuat demikian, setelah membaca draf awal novel itu sebelum ia diterbitkan.
Difilemkan secara meluas di seluruh Delhi pada bulan Oktober hingga Disember 2019, The White Tiger ditayangkan di Las Vegas dan telah ditayangkan di pawagam terhad di Amerika Syarikat pada. Ia dikeluarkan secara global melalui platform penstriman Netflix pada 22 Januari 2021.

The White Tiger menerima ulasan positif daripada pengkritik yang memuji arahan, lakon layar dan persembahan pelakonnya. Pada Anugerah Akademi ke-93, filem ini telah dicalonkan untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik.

filem ni memang padu kawan2..

CARRY ONSebuah filem thriller yang mengisahkan seorang pegawai imigresen yang berjaya menumpaskan percubaan sekumpulan p...
22/12/2024

CARRY ON

Sebuah filem thriller yang mengisahkan seorang pegawai imigresen yang berjaya menumpaskan percubaan sekumpulan penjenayah yang nak letupkan bom gas pada satu pesawat di airport los angeles..

filem ni macam filem hollywood lain...dia akan cerita pasal bom..kalau korang perasan..malaun2 holiwod ni memang s**a sangat kaitkan semua action dan thriller movie diorang dengan bom...kadang bosan jugak..xde idea lain ke ape?..director dia jaume collet- serra..dia juga buat filem black Adam..

yang bestnya korang tak perasan pun yang mat saleh ni s**a kaitkan filem dia pasal bom.dan korang tak pernah pun cakap..eleh bom lagi..tiru la tu
tapi bila filem melayu buat filem bom..korang pantas cakap..eleh tiru filem hollywood la tu..kiwak kan korang ni..

oklah..tengok la filem carry on ni..best la jugak sbb 90% berlakon kt airport..satu benda paling best.. adalah sofia carson lawa nak mampos dalam filem ni....eh..lawa giler la..

tapi kau dah boleh jangka ending dia..

GEMENCHEH BOYS..No Retreat..No Surrender..filem ni keluar panggung tahun 2023..kutipan panggung sekitar Rm 900k (wikiped...
22/12/2024

GEMENCHEH BOYS..

No Retreat..No Surrender..

filem ni keluar panggung tahun 2023..kutipan panggung sekitar Rm 900k (wikipedia)..

Skrip/Story/Director oleh Jason Chong..
maincast Pekin Ibrahim,Dato Ahmad Tamimi Saregar dan ramai lagi.

sebuah filem melayu yang diangkat dari kisah benar yang berlatarkan kampung Bukit Rokan Gemencheh Negeri Sembilan.

kisah seorang guru disiplin yang menggunakan s**an kriket untuk membentuk sekumpulan murid yang bermasalah..kemudian mereka berjaya menjadi pas**an terbaik di negeri sembilan dan menang di peringkat kebangsaan..

filem ni berlatar dialek Negeri Sembilan..plot dan story semuanya sempurna dan tersusun..cuma bab dialek negeri sembilan tu memang gagal la.. pekin tak silap aku asal kelantan..datok tamimi ok..kebanyakan pelakon kanak2 semua gagal dalam dialek Nogori..Gemencheh ni kira pendalaman la..jadi dialek diorang mesti pekat kot..tapi aku percaya pekin dah buat yang terbaik..

kalau team produksi dan director lebih fokus pada dialek mesti filem ni nampak lebih menarik..

hastar lain pengarah dan penulis skrip nak sampaikan tentang inspirasi,kejayaan,pendidikan,persahabatan.. semuanya sampai dengan jayanya.

tapi agak kurang berjaya di panggung..
kenapa ek?


UPSTREAM..Aku baru tengok movie ni semalam..Filem China yang penuh emosi.. Xu Zheng.. dia pengarah dan dia juga lead act...
22/12/2024

UPSTREAM..
Aku baru tengok movie ni semalam..
Filem China yang penuh emosi.. Xu Zheng.. dia pengarah dan dia juga lead actor untuk filem ni.
cerita dia biasa je..pasal suasana pahit dan payah golongan pekerja GIG di china..kalau korang rider panda atau grab memang cerita ni sesuai utk korang.

mamat ni dia kena buang keje..dia dah jawatan tinggi dan jadi manager dah..gaji besar dan dia saea keluarga dia termasuk mak dan ayah..dah kena buang keje..bapak dia sakit plak.. dia tak ada pilihan lain selain jadi rider...

cerita ni ajar kau pasal kejayaan tu bukan darang hanya pasal kau masuk universiti atau tak..tapi kejayaan tu datang atas sebab kau kejar dia..

kalau harap kejayaan kejar kau..memang kau tak ke mana..

sape yang minat tengok cerita sedih dan inspirasi..tengok la..


22/12/2024

mungkin boleh lepak sini dan sembang pasal filem dan Tv program yang korang s**a tengok...

Address

67 Jalan Sm 3a Sunway
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Layan Movie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category