07/06/2025
Terima kasih untuk sokongan❤️
Jom tonton di pawagam berhampiran anda sekarang.
Selepas 7 tahun diusahakan tanpa bantuan dana besar, Gantung terhasil dengan semangat peminat dan duit yang terkumpul dari crowdfunding serta duit poket dari penerbit sendiri dan bantuan kenalan rapat termasuk rakan industri. Filem ini pernah melalui zaman PKP, hampir dibatalkan namun tetap diteruskan kerana semangat peminat Gantung untuk penerbitan filem ini diteruskan.
Filem ini terhasil adalah atas semangat yang tidak berbelah bahagi tersebut.
Teruskan sokongan anda. Maaf atas sebarang kekurangan dan pastinya filem ini adalah bukti kepada semangat yang tak pernah padam!