11/01/2026
KEPADATAN STOK
( ... sambungan)
" Nak tanya. Saya ada tong air 450 gelen. Berapa ekor anak Udang galah boleh MASUK? "
" Kolam saya LEBIH KURANG 30 kaki x 60 kaki. Banyak mana benih boleh MUAT? "
Pertanyaan-pertanyaan sedemikianlah yang memberi gambaran mengenai sikap bertapa 'santainya' mereka yang ingin menceburi bidang ternakan Udang Galah dewasa kini. Suatu usaha yang seringkali disalahanggap mudah sahaja dan boleh memberi p**angan yang lumayan?
Setelah dikirakan dan kemudian diberitahu jumlahnya, jawapan spontan yang diterima p**a adalah sangat 'membimbangkan' :
√ sikit no x boleh tambah lebih lagi ke?
√ banyak tu je?
√ kolam/tangki saya besar nape sikit sangat udangnya ek?
√ macam mana kira dapat banyak tu?
√ dan macam-macam lagi
Dalam Pengurusan Benih, perkataan LEBIH KURANG, MASUK dan MUAT sangat tidak sesuai dalam konteks pengurusan ternakan yang cekap. Sebaliknya isipadu air dan keluasan tangki atau kolam tanah perlu diukur/dikira dengan tepat untuk menentukan bilangan benih Udang Galah yang boleh diternak di dalamnya. Ia penting kerana benih perlu diberikan segala ruang dan peluang untuk membesar dengan sihat dan sejahtera. Kesesakan hanya mengundang masalah-masalah yang sepatutnya tidak perlu dihadapi.
Jesteru KEPADATAN STOK adalah suatu instrumen penting dalam pengurusan ternakan Udang Galah. Secara mudah ia bermaksud bilangan benih dalam unit isipadu atau keluasan tertentu pada satu-satu masa. Unit ukurannya ialah ekor/m2 bagi keluasan dan ekor/m3 bagi isipadu.
Sebagai contoh:
√ 12,000 benih Udang Galah dalam kolam tanah keluasan 1,000 m2
• Kepadatan Stok 12,000 ÷ 1,000 = 12 ekor/m2
√ 3,000 ekor PL dalam tangki asuhan 1.5 tan
• Kepadatan Stok
3,000 ÷ 1.5 = 2,000/m3
Bagi setiap sistem ternakan, ada julat yang telah ditetapkan dan perkiraannya adalah berdasarkan kepada banyak faktor yang akan mempengaruhi:
• jumlah hasil tuaian
• saiz udang semasa dituai
• kadar kemandirian
• tempohmasa ternakan
• p**angan atas pelaburan
Kebiasaannya bakal atau para penternak mempunyai kecenderungan besar untuk membeli benih sebanyak yang difikirkan dan ia selalunya melangkaui batasan yang disyorkan. Ini hanya akan mengakibatkan udang :
> menghadapi persaingan sengit untuk ruang dan makanan
> mengalami tekanan/stress berpanjangan
> kadar tumbesaran yang perlahan atau terbantut
> kanabalisma yang tinggi
> kadar kematian yang tidak terkawal
Kesimp**annya bukan banyak mana udang yang nak diternak tetapi banyak mana hasil yang boleh dituai daripada udang yang diternak.
Berminat untuk belajar menternak Udang Galah daripada A ke Z walaupun sifar pengetahuan? Jemput hadiri kursus teknikal yang kami akan anjurkan InsyaAllah seperti butiran berikut:
Kursus Pengurusan Ternakan Udang Galah Dalam Kolam Tanah Siri 1/26
Tarikh: Sabtu 17 Januari 26
Masa: 8.30 lagi - 5 petang
Kursus Pengurusan Ternakan Udang Galah & Udang Putih Air Tawar Dalam Tangki Siri 1/26
Tarikh: Ahad 18 Januari 26
Masa: 8.30 lagi - 5 petang
Tempat: MH AQUA, Sungai Mati, Tangkak, Johor
Untuk maklumat lanjut serta mendaftar mohon Tuan Puan klik link
www.wasap.my/60145029679/infokursustangki
atau
www.wasap.my/60145029679/infokursuskolamtanah