World Heritage Moving Image Centre

World Heritage Moving Image Centre

Selamat menyambut Hari Arkib Antarabangsa 2025
09/06/2025

Selamat menyambut Hari Arkib Antarabangsa 2025

26/12/2024

20 TAHUN TRAGEDI TSUNAMI

Hari ini - 26 Disember - genap 20 tahun tragedi tsunami dan gempa lautan hindi terjadi.

Tragedi yang menggemparkan dunia - dengan korban ratusan ribu nyawa - termasuklah dari Malaysia.

Video yang disertakan ini adalah sedutan dari dokumentari ‘Bayang & Wayang: The Unfinished Memories’ yang sedang diusahakan oleh WHMIC - yang turut mengandungi beberapa rakaman audiovisual peribadi berusia dua dekad berkenaan mengenai bencana tersebut.

Dokumentari ini telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak National Asian Culture Center dan Memory of the World Asia Pacific "Mowcap" melalui ‘ACC-MOWCAP Small Grant Programme’.

Dokumentari yang mengangkat warisan audiovisual ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Selamat menyambut Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2024.Sambutan tahun ini bertema “Your window to the world”.
27/10/2024

Selamat menyambut Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2024.

Sambutan tahun ini bertema “Your window to the world”.

is more than just moving images or sounds – it's a part of our identity. Audiovisual heritage tells the stories about people’s lives and cultures from all over the world and represents our collective memory and a valuable source of knowledge. As we mark today World Audiovisual Heritage Day, let’s continue preserving and sharing the heritage that connects our past, present, and future. https://on.unesco.org/3FnQcev

Mengumumkan keahlian World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) dalam International Association of Sound and Audiovisual...
29/06/2024

Mengumumkan keahlian World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) dalam International Association of Sound and Audiovisual Archives (IASA).

Selamat Menyambut Ulang Tahun Arkib Negara Malaysia yang ke-66 buat Arkib Negara Malaysia - daripada kami di World Herit...
02/12/2023

Selamat Menyambut Ulang Tahun Arkib Negara Malaysia yang ke-66 buat Arkib Negara Malaysia - daripada kami di World Heritage Moving Image Centre.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Arkib Negara Malaysia yang ke 66 buat seluruh warga kerja Arkib Negara Malaysia.

Penubuhan pada 1 Disember 1957 & dahulu nya dikenali sebagai Pejabat Rekod Awam. Namun pada tahun 1963 ANM telah diberi nafas baru dengan di beri nama Arkib Negara Malaysia.

Sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perpaduan Negara yang menjadi peneraju dalam pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang inklusif agar bahan-bahan bersejarah ini akan terus dipelihara untuk generasi hadapan seterusnya memastikan kelestarian warisan negara menjadi elemen penting dalam memupuk perpaduan antara seluruh rakyat Malaysia.




Sekitar sambutan ‘World Day for Audiovisual Heritage 2023’ anjuran Arkib Negara Malaysia pada 31 Oktober 2023.Acara dira...
01/11/2023

Sekitar sambutan ‘World Day for Audiovisual Heritage 2023’ anjuran Arkib Negara Malaysia pada 31 Oktober 2023.

Acara dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara Malaysia.

World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) ikut serta membuka pameran mini serta menyerah bahan audiovisual untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia.

Selamat menyambut Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2023.“Your window to the world”
27/10/2023

Selamat menyambut Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2023.

“Your window to the world”

Kunjungan hormat World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) ke Arkib Negara Brunei (ANB), Jabatan Muzium-Muzium Brunei u...
16/08/2022

Kunjungan hormat World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) ke Arkib Negara Brunei (ANB), Jabatan Muzium-Muzium Brunei untuk lawatan muhibah disamping membincangkan potensi kerjasama akan datang.

WHMIC disambut oleh ANB diketuai oleh Ketua Pegawai Arkib, Tuan Haji Ilham Rohaidi Haji Mashud bersama pegawai kanan yang lain.

WHMIC turut memperkenalkan untuk Brunei turut menyambut World Day for Audiovisual Heritage pada 27 Oktober setiap tahun.

Terima kasih atas layanan ANB yang sangat baik dan perbincangan yang sangat positif.

Selesai perbincangan, WHMIC dibawa melawat sekitar bangunan ibu pejabat mereka - dan melihat sebahagian koleksi dalam simpanan Arkib Negara BruneI.

Masih ingat siri animasi legenda Sang Kancil yang merupakan antara animasi pertama yang dihasilkan di Malaysia? Mahu men...
26/10/2021

Masih ingat siri animasi legenda Sang Kancil yang merupakan antara animasi pertama yang dihasilkan di Malaysia? Mahu menonton kembali sambil mendengar komentari dari pembikinnya sendiri?

Oleh itu, WHMIC membawa tayangan khas animasi ‘Sang Kancil dan Monyet’ & ‘Sang Kancil dan Buaya’ dengan menampilkan komentari langsung dari pembikinnya - yang juga seorang tokoh animasi negara - Hassan Muthalib.

Kedua siri animasi ini masih tersimpan rapi dalam simpanan koleksi Mediatheque FINAS.

Tayangan istimewa ini merupakan salah satu pengisian daripada sambutan World Day for Audiovisual Heritage 2021 yang berlangsung selama satu hari pada 27 Oktober 2021 dengan tema ‘Your Window to the World’.

Acara sambutan ini mendapat sokongan UNESCO Memory of The World Asia Pasifik (MOWCAP), Asia Culture Centre Korea Selatan (ACC), Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

Acara ini juga melibatkan Rakan Pelaksana seperti platform OTT SIAR, FINAS Malaysia, Sinematek Indonesia, Save Myanmar Film dan Laos Cinema Department.

Sekian banyak filem terbitan Malaysia, berapa judul yang masih ada dan masih boleh kita tonton? Berapa banyak p**a filem...
26/10/2021

Sekian banyak filem terbitan Malaysia, berapa judul yang masih ada dan masih boleh kita tonton? Berapa banyak p**a filem yang telah rosak dan hilang?

WHMIC membawa tayangan khas filem Anak Sarawak - sebagai salah satu kajian kes yang memperlihatkan keperluan dan kepentingan pengarkiban filem di negara ini.

Filem penting terbitan tahun 1989 arahan pengarah tersohor, Rahim Razali ini merupakan terbitan ASA XX Filem dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.

Tayangan istimewa ini merupakan salah satu pengisian daripada sambutan World Day for Audiovisual Heritage 2021 yang berlangsung selama satu hari pada 27 Oktober 2021 dengan tema ‘Your Window to the World’.

Acara sambutan ini mendapat sokongan UNESCO Memory of The World Asia Pasifik (MOWCAP), Asia Culture Centre Korea Selatan (ACC), Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

Acara ini juga melibatkan Rakan Pelaksana seperti platform OTT SIAR, FINAS Malaysia, Sinematek Indonesia, Save Myanmar Film dan Laos Cinema Department.

Pada 27 Oktober ini, WHMIC akan membawakan sebuah sessi diskusi istimewa berjudul ‘Preservasi dan Aksesibiliti Khazanah ...
26/10/2021

Pada 27 Oktober ini, WHMIC akan membawakan sebuah sessi diskusi istimewa berjudul ‘Preservasi dan Aksesibiliti Khazanah Audiovisual’.

Sessi diskusi yang akan dikendalikan oleh Dr Hani Salwah Yaakub ini bakal menampilkan panel Ali Agung & Woo Ming Jin.

Ali Agung merupakan pengasas kepada platform OTT SIAR, iaitu platform yang mengusahakan aksesibiliti kepada filem-filem Malaysia - manakala Woo Ming Jin merupakan pengarah filem ‘Return To Nostalgia’, iaitu sebuah filem yang mengangkat isu filem-filem hilang.

Sessi ini merupakan salah satu pengisian daripada sambutan World Day for Audiovisual Heritage 2021 yang berlangsung selama satu hari pada 27 Oktober 2021 dengan tema ‘Your Window to the World’.

Acara sambutan ini mendapat sokongan UNESCO Memory of The World Asia Pasifik (MOWCAP), Asia Culture Centre Korea Selatan (ACC), Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

Acara ini juga melibatkan Rakan Pelaksana seperti platform OTT SIAR, FINAS Malaysia, Sinematek Indonesia, Save Myanmar Film dan Laos Cinema Department.

Ikuti laman Facebook WHMIC untuk butiran acara dan jadual lengkap sambutan.

WHMIC akan membawakan sebuah webinar istimewa berjudul ‘Film Archiving in Southeast Asia’.Webinar kali ini melibatkan pa...
26/10/2021

WHMIC akan membawakan sebuah webinar istimewa berjudul ‘Film Archiving in Southeast Asia’.

Webinar kali ini melibatkan partisipasi panel dari organisasi arkib beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara iaitu Indonesia, Myanmar, Laos - bagi membincangkan isu, permasalahan dan situasi pengarkiban, pemuliharaan serta aksesibiliti audiovisual di rantau ini.

Ia merupakan salah satu pengisian daripada sambutan World Day for Audiovisual Heritage 2021 yang berlangsung selama satu hari pada 27 Oktober 2021 dengan tema ‘Your Window to the World’.

Acara sambutan ini mendapat sokongan UNESCO Memory of The World Asia Pasifik (MOWCAP), Asia Culture Centre Korea Selatan (ACC), Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

Acara ini juga melibatkan Rakan Pelaksana seperti platform OTT SIAR, FINAS Malaysia, Sinematek Indonesia, Save Myanmar Film dan Laos Cinema Department.

Ikuti laman Facebook WHMIC untuk butiran acara dan jadual lengkap sambutan.

Address

Premiera Hotel MENARA MARA 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when World Heritage Moving Image Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share