03/10/2024
Remortgage Rumah untuk Bayar Hutang Pelaburan "Scam"
Betul, policy refinancing dan remortgage dah makin ketat dan payah nak dapat cash out.
Betul, policy refinancing hanya memilih jenis-jenis cash out tertentu sahaja untuk proceed approval.
Tetapi, untuk owner ni, remortgage ni tak dapat diteruskan kerana faktor scoring untuk loan semasa.
Walaupun mendapat pencen yang dikira lumayan, namun disebabkan faktor umur dan komitmen semasa yang tinggi, serta mempunyai 2 "kryptonites" on scoring currently, tidak ada any new loan boleh diteruskan buat masa ini.
So advice kami kepada owner, cara lain adalah kita proceed jual rumah tersebut.
Owner alhamdulillah setuju untuk jual.
Katanya jual jelah rumah ni, boleh settle hutang dan beli rumah kecil sikit secara tunai.
Borak punya borak, owner rupanya apply loan dan guna kad kredit untuk invest di satu syarikat pelaburan yang terkenal baru-baru ini. Ini yang menjadi penyebab kemelut ekonomi yang berlaku. Sepatutnya di usia begini, owner dah bebas dari hutang dan just enjoy having a good life kan. But no one knows.
Ini adalah pengajaran terbaik buat kita harini.
Apapun, semoga rumah owner ni terjual pantas. Settlekan cabaran ini, dan owner boleh kembali tenang.
We are just doing our best to help everyonezzz 🤝
Najiha Azmy
Lauryl Sdn Bhd